Tuesday, 31 October 2017

Kawan

Adakah Dia Kawan Atau Lawan?

Image result for kawan atau lawan
                                   
Tidak kira di sekolah, Universiti, Kolej atau tempat kerja pasti kita mempunyai kawan tidak kira umur, bangsa, warna kulit dan agama. Membuat kenalan dengan orang yang baru atau tidak kamu kenali memberikan kamu kebaikan dalam berukhwah. Tetapi tahukah kamu bagaimana hendak memilih kawan yang bukan lawan?

Kalau ditanyakan kepada sedara mara terdekat atau orang lain bagaimana hendak memilih kawan, dan yang pasti mereka akan menjawab:



1. Jangan pilih kawan yang banyak ajak kamu buat jahat.



2. Jangan pilih kawan yang sokong kamu ketika kamu sedang buat kejahatan.



3. Jangan pilih kawan yang selalu kutuk, perli, menganjing atau perlekehkan kamu apabila kamu sedang berubah kepada kebaikan.



4. Jangan pilih kawan yang tak tegur kamu apabila kamu melakukan sesuatu yang tidak baik.



5. Jangan pilih kawan yang mempunyai perangai buruk, suka mencarut sana sini dan mengumpat.



6. Jangan pilih kawan yang suka kepada maksiat.


Di antara semua ini merupakan salah satu jawapan yang bakal kamu dengari apabila bertanyakan kepada orang terdekat atau orang tidak kamu kenali bagaimana hendak memilih kawan. Jadi bagaimana nak pilih kawan kalau itu salah ini tidak betul dan segala kamu lakukan ada yang tidak kena?

Bak kata Imam al-Ghazali, ada dua belas jenis orang yang kita perlu dan berukhwah dengannya iaitu:



1. Jika kamu berbuat baik kepadanya, maka dia juga akan melindungi kamu.

2. Jika kamu merapkan ikatan persahabatan dengannya, maka dia akan membalas balik persahabatan kamu itu.

3. Jika kamu memerlukan pertolongan darinya maka dia akan berupaya membantu kamu mengikut kemampuannya ketika itu.

4. Jika kamu menawarkan untuk berbuat baik kepadanya, maka dia akan menyambut dengan baik.

5. Jika dia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan daripada kamu, maka dia akan menghargai kebaikan itu.

6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari diri kamu, maka dia akan sedaya upaya untuk menutupnya bukan menyebarkan kepada orang ramai.

7. Jika kamu meminta sesuatu bantuan daripadanya, maka dia akan cuba membantu kamu dengan sedaya upayanya.

8. Jika kamu malu untuk meminta pertolongan, si dia akan bertanyakan kepada kamu apa masalah yang kamu hadapi ketika itu.

9. Jika bencana datang menimpa diri kamu, maka dia akan berbuat sesuatu untuk meringankan sesusahanmu itu.

10. Jika kamu berkata benar kepadanya, maka dia boleh menerima dengan sebaiknya dengan kebenaran itu.

11. Jika kamu merancang sesuatu kebaikan untuk dilakukan, si dia akan menyokong kamu untuk menjayakan.

12. Jika kamu sedang berbincang dan mempunyai pendapat yang berbeza maka dia pasti akan mengalah untuk mengelakkan perselihan faham dalam persahabatan.

Jadi berhati-hatilah ketika memilih kawan kerana jika tersilap langkah dalam memilih kawan ia boleh menjadi lawan! Petikan oleh Tarbiah Sentap 2 yang telah diubahsuai dan diambil sebagai inspirasi untuk pembaca Remaja.


Diambil dari SINI



Saturday, 28 October 2017

Ciri-ciri Pelajar Cemerlang

 Ciri-ciri Pelajar Yang Cemerlang

Related image


1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri untuk boleh menempah kejayaan dalam pendidikan.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang menjadi harapan agama, bangsa, negara, keluarga dan masyarakat.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal apabila akan menghadapi peperiksaan tidak kira sama ada ujian bulanan, peperiksaan penggal atau peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM. 
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah (ujian bulanan, peperiksaan penggal) atau oleh pihak kementerian (peperiksaan yang sebenarnya).
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi seperti buku-buku rujukan, buku latihan, alat-alat tulis, nota-nota ringkas dan sebagainya lagi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah seperti datang ke sekolah dalam waktu yang ditetapkan dan pulang hanya setelah dibenarkan. Ini akan melatih pelajar menjadi seorang yang berdisiplin. Apabila sikap disiplin telah tersemai dalam jiwa pelajar, maka mudahlah bagi pelajar untuk mendisiplinkan diri dalam pembelajaran.
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu. Misalnya apabila pelajar sakit dan tidak dapat hadir ke kelas, pelajar perlulah mendapatkan bantuan kawan-kawan untuk mendapatkan nota-nota pelajaran, atau mendapatkan penerangan guru bagi pelajaran yang telah tertinggal itu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas. Guru adalah sumber ilmu. Oleh itu sentiasalah menghormati guru yang memberikan kita ilmu.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar. Malah ahli falsafah Yunani yang terkenal bernama Socrates pernah berkata ‘carilah ilmu pengetahuan dengan cara bersoal-jawab’.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran. Ini kerana dengan cara memberikan pandangan, rakan-rakan pelajar dan pelajar sendiri akan semakin memahami pelajaran tersebut. Amalan ini juga dapat melatih dan mengasah daya ketajaman pemikiran pelajar.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari. Ini biasanya dilakukan dalam kelas-kelas perbincangan, kelas tambahan atau dalam kumpulan studi. Perbincangan akan memantapkan lagi kefahaman terhadap sesuatu pelajaran.
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan. Pelajar yang berjaya adalah pelajar yang sering menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru mereka.
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran. Pelajar juga perlu menganggapkan ujian dan peperiksaan yang diambil itu adalah ujian dan peperiksaan yang sebenarnya. Jika gagal bererti anda gagal dalam peperiksaan yang sebenar.
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, “Don’t judge the book by its cover.” Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.
25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat pla akan melahirkan pemikiran yang lancar.
26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar. Misalnya, jangan bermain dengan api, elektrik atau mercun. Bayangkanlah jika pelajar kehilangan jari tangan kanan dalam kemalangan.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak ‘junk-food’. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.


Diambil dari SINI

Wednesday, 11 October 2017

Menjaga keberkatan ilmu



Ramai yang belajar tapi tak tahu tentang apa yang dipelajari. Ada juga yang belajar sikit tapi hasilnya gempak. Hal ini kerana adanya keberkatan ilmu setiap kali kita menuntut ilmu.
Tapi, apakah yang di maksudkan dengan keberkatan ilmu?
Ilmu adalah satu maklumat yang diperolehi daripada hasil pembelajaran, pengalaman seseorang dalam kehidupan.

Keberkatan pula membawa maksud sebagai kebaikan yang bertambah,berterusan dan berpanjangan.Jika seseorang islam itu mengamalkan gaya hidup yang sentiasa bersyukur dan perbanyakkan amal ibadatnya kepada Allah S.W.T maka segala rezekinya akan diberkanti olehNya.Sebagai Contoh jika sesorang yang sentiasa beramal dan bersyukur akan berpanjanganlah dan mencukupi rezekinya walaupun hanya bergaji sedikit sahaja.tetapi jika sebaliknya walaupun bergaji besar tetapi tidak bersyukur ,rezekinya senantiasa tidak mencukupi.Antara perbuatan yang boleh membawa kepada keberkatan hidup kita adalah seperti menghormati kedua ibubapa kita dan mertua kita,sentiasa beramal ibadat,tidak berurusan dengan riba,keluarga yang bahagia,sentiasa bersyukur.

Keberkatan ilmu
merangkumi aspek apa yang kita pelajari samada secara bersendirian atau berguru dengan seseorang.Ilmu yang diberkati ialah ilmu yang dipelajari dengan niat yang baik dan digunakan kepada jalan yang baik.Jika kita riak dengan ilmu yang ada kemungkinan ilmu tersebut tidak akan kekal lama .Dalam konsep sebagai seorang pendidik pula,saya perhatikan masih ramai yang tidak menghormati guru yang memberi ilmu.Salah satu keberkatan ilmu adalha menghormati guru.Sebagai contoh jika seseorang itu mempunyai akal fikiran yang baik sekalipun jika tidak menghormati guru maka ilmu yang dipelajari daripada guru tersebut tidak akan berkat dan kemungkinan akan gagal jua pada akhirnya.




Cara terbaik untuk mendapat keberkatan ilmu

 1) Niat belajar kerana Allah s.w.t. Betulkan semula niat belajar untuk menjadi yang terbaik.
2) Sentiasa doakan ibubapa, guru-guru, rakan-rakan dan diri sendiri.
3) Berjumpa kembali guru-guru yang telah mengajar kita dan ucapkan terima kasih kerana        mengajar, minta maaf dari mereka dan maafkan mereka, minta mereka halalkan ilmu            yang telah diajar.
4) Jaga ibadah setiap masa sama ada hubungan dengan Allah dan hubungan dengan manusia.
5) Bersih dan cuci hati untuk terangkan hati dengan melakukan amalan-amalan mulia seperti solat sunat, solat taubat setiap hari, membaca al-Quran setiap hari, istighfar sekurang-kurangnya 100 kali sehari, maafkan semua orang, kekalkan wuduk semasa belajar, jaga kesihatan serta makan dan minum dan doa ilmu lekat dalam hati sehingga mati dan berdoalah dengan doa mula belajar dan selepas belajar.
6) Tawakkal kepada Allah s.w.t untuk berusaha dan selepas berusaha, bertawakkallah.
Diambil dari SINI