Adakah Dia Kawan Atau Lawan?
Tidak kira di sekolah, Universiti, Kolej atau tempat kerja pasti kita mempunyai kawan tidak kira umur, bangsa, warna kulit dan agama. Membuat kenalan dengan orang yang baru atau tidak kamu kenali memberikan kamu kebaikan dalam berukhwah. Tetapi tahukah kamu bagaimana hendak memilih kawan yang bukan lawan?
Kalau ditanyakan kepada sedara mara terdekat atau orang lain bagaimana hendak memilih kawan, dan yang pasti mereka akan menjawab:
1. Jangan pilih kawan yang banyak ajak kamu buat jahat.
2. Jangan pilih kawan yang sokong kamu ketika kamu sedang buat kejahatan.
3. Jangan pilih kawan yang selalu kutuk, perli, menganjing atau perlekehkan kamu apabila kamu sedang berubah kepada kebaikan.
4. Jangan pilih kawan yang tak tegur kamu apabila kamu melakukan sesuatu yang tidak baik.
5. Jangan pilih kawan yang mempunyai perangai buruk, suka mencarut sana sini dan mengumpat.
6. Jangan pilih kawan yang suka kepada maksiat.
Bak kata Imam al-Ghazali, ada dua belas jenis orang yang kita perlu dan berukhwah dengannya iaitu:
1. Jika kamu berbuat baik kepadanya, maka dia juga akan melindungi kamu.
2. Jika kamu merapkan ikatan persahabatan dengannya, maka dia akan membalas balik persahabatan kamu itu.
3. Jika kamu memerlukan pertolongan darinya maka dia akan berupaya membantu kamu mengikut kemampuannya ketika itu.
4. Jika kamu menawarkan untuk berbuat baik kepadanya, maka dia akan menyambut dengan baik.
5. Jika dia memperoleh suatu kebaikan atau bantuan daripada kamu, maka dia akan menghargai kebaikan itu.
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik dari diri kamu, maka dia akan sedaya upaya untuk menutupnya bukan menyebarkan kepada orang ramai.
7. Jika kamu meminta sesuatu bantuan daripadanya, maka dia akan cuba membantu kamu dengan sedaya upayanya.
8. Jika kamu malu untuk meminta pertolongan, si dia akan bertanyakan kepada kamu apa masalah yang kamu hadapi ketika itu.
9. Jika bencana datang menimpa diri kamu, maka dia akan berbuat sesuatu untuk meringankan sesusahanmu itu.
10. Jika kamu berkata benar kepadanya, maka dia boleh menerima dengan sebaiknya dengan kebenaran itu.
11. Jika kamu merancang sesuatu kebaikan untuk dilakukan, si dia akan menyokong kamu untuk menjayakan.
12. Jika kamu sedang berbincang dan mempunyai pendapat yang berbeza maka dia pasti akan mengalah untuk mengelakkan perselihan faham dalam persahabatan.
Jadi berhati-hatilah ketika memilih kawan kerana jika tersilap langkah dalam memilih kawan ia boleh menjadi lawan! Petikan oleh Tarbiah Sentap 2 yang telah diubahsuai dan diambil sebagai inspirasi untuk pembaca Remaja.
Diambil dari SINI
great post! :)
ReplyDeletenice!
ReplyDelete